Sunday 4 May 2014

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak ...

<b>Jawatan Kosong</b> Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri <b>Sarawak</b> <b>...</b>


<b>Jawatan Kosong</b> Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 12:00 AM PDT

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut):

▶ Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
▶ Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
▶ Pembantu Pembangunan Masyarakat (JBC) S17

jawatan kosong jkm sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah dinaikkan taraf dari Bahagian Kebajikan di Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak pada bulan Mac, 1993. Fungsi Jabatan telah berkembang maju dan ditempatkan sebagai agensi penting di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

Pada permulannya Bahagian Kebajikan di wujudkan untuk menangani hal kebajikan dengan mengambil alih tugas Sarawak Welfare Council dalam memberi Bantuan Am dan membantu mangsa bencana, selain mengembangkan lagi aktiviti kebajikan dengan mengadakan khidmat sokongan yang diperlukan mengikut perubahan semasa.

Cara Memohon (Klik untuk memohon)


Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak perlu memohon secara online disini. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment. Maklumat lanjut jawatan kosong kerajaan Negeri Sarawak boleh didapati disini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 18 April 2014

No comments:

Post a Comment