Monday, 23 June 2014

Info : Kursus Sijil Perancangan Bandar dan Wilayah (Sarawak)

Info : Kursus Sijil Perancangan Bandar dan Wilayah (<b>Sarawak</b>)


Info : Kursus Sijil Perancangan Bandar dan Wilayah (<b>Sarawak</b>)

Posted: 18 Jun 2014 08:38 PM PDT

Sila kongsi info jawatan ini sekarang:

Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Centre Of Modern Management (CMM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat bagi mengikuti kursus seperti berikut :-

1. Syarat Kursus:

Calon-calon bagi mengikuti kursus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;

dan

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

2.  Tempoh Kursus : Satu (1) tahun
3.  Tempat Kursus : Center of Modern Management(CMM,Kuching);
4.  Elaun : Elaun Akan Dibiayai Oleh Kerajaan Negeri
5. Semua permohonan hendaklah dikemukakan SECARA TALIAN (ON LINE) melalui laman web berikut;-

http://erecruitment.sarawak.gov.my
Laman Web lain yang boleh dilayari ialah:
http://www.psc.sarawak.gov.my dan
http://www.sarawak.gov.my

Pemohon dikehendaki untuk pilih KURSUS SIJIL PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH di bahagian 'Permohonan Jawatan'.

Catatan Am:
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

2. Calon-calon yang BERJAYA untuk mengikuti kursus tersebut akan menjadi PELATIH KURSUS;

3. Calon yang berjaya dalam temuduga adalah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri sebelum dilantik sebagai Pelatih Kursus;

4. Selepas tamat tempoh 1 tahun kursus dengan jayanya, syarat kemasukan pelatih-pelatih ke agensi Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada prosedur dan proses temuduga sebelum dilantik ke jawatan hakiki di agensi yang berkaitan;

5. Penginapan dan pengangkutan adalah ditanggung oleh pelatih sendiri;

6. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :-

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 5, Bangunan Menara Pelita
Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub
93050 Petra Jaya
Kuching, Sarawak

(Puan Halizamina Binti Haji Morshidi/Puan Rozeyani Binti Ismuni di talian 082-444111)

7. Tarikh Tutup/Replika Data: 4 Julai 2014 (Jumaat).

sarawak

Sila kongsi info jawatan ini sekarang:

No comments:

Post a Comment